Thursday, May 22, 2008

entri malas

dah lama tak update blog ni, tgk fuh~~ fuh~~ sawang labah-labah dah sedozen suda... sibuk sungguh sepanjang minggu lepas, packing barang untuk pindah rumah, dengan sakit hati dengan ejen rumah yang sorang ni. al -kisahnya~

dalam seminggu dua sebelum aku bersalin, yvonne(tuan tumah putra perdana) menefonku, mengatakan yang boyfriend nya ingin tinggal di rumah itu, lagipun kontrak kami hampir tamat (jun08) dia bertanya dengan baik sama ada kami boleh keluar dari rumah itu. memandangkan dia bertanya dengan baik, kami pun bersetuju dengan memikirkan masih ada dua bulan untuk mencari rumah baru. petang tu juga, kami dan mama (ku) cari rumah baru. banyak jugak nombor yang ku dapat tapi malangnya ramai tuan rumah ingin menjual, tidak mahu sewakan. sehinnga lah aku bersalin dan pulang ke tioman untuk berpantang, Azrin la mencari rumah sewa keseorangan, kadang kala ditemani Nas. akhirnya, jumpa juga rumah di area yang sama (putra perdana) dengan sewa hanya beza RM50. rumah juga besar sikit dari rumah sebelum ni. ok la kot. urusan deposit berlangsung dengan ejen rumah tersebut. dijanjikan kunci rumah pada 23 april 2008 beserta agreement. tapi, siapa sangka dia punyai agenda tersendiri. 9hb mei, kunci masih tiada, rumah pula disewakan kepada orang lain. hati siapa tak marah. janji dinodai pula. mulut manis menabur kata, akhirnya aku menelefonnya terus untuk bertemu. tak tahu la dia takut ke, mmg saja nak bagi alasan untuk mengelak. katanya ada kerja di nilai. ye la tu. aku mintak deposit ku kembali. buat apa mahu tunggu sedangkan masa hampir suntuk. depan rumahnya aku terjerit di dalam telefon berbetah dengan nya. bermacam-macam alasan dia cuba beri, dan gayanya seperti mahu meletakkan telefon. aku tidak membenarkan, katanya tuan rumah tidak mahu memberi kunci. bohong, aku kata dalam hati. ini bukan kali pertama aku menyewa rumah. aku tahu prosedurnya. tidak pernah jika kata mahu masuk 1 mei diberi kunci 31 mei. aku rasa tuan rumah itu pun tidak tahu. bila ku minta nombor telefon tuan rumah, dia seakan-akan mahu mengelak. marahnya~!!!!! aku tahu ada yang tidak kena. aku ugut mahu melaporkan pada polis, dia goyang. dia cuba ugut aku balik.dia ingat aku takut ke? ake betah balik. dia minta masa sehingga tengah hari esok. ok, aku cuba berlembut. kepala ku pening, muka ku terasa panas. aku rasa aku hampir kena darah tinggi. tak pernah ku rasa sebengini. aduh --
esoknya - masih sama. tiada khabar berita. aku beritahu mak (mak mentua). biarlah mak saja yang bercakap dengan dia. dia janji dengan mak akan masukkan ke dalam akaun bank. ku beri akaun bankku. dua tiga hari selepas itu, ku terima panggila dari bank menyatakan aku memasukkan sampul cek ke mesi deposit cek tanpa cek di dalam nya. WHAT THE ****????? mamat ni memang nak kena~!! mak suruh buat report polis saja, abg ha dan abg pit menyokong. sehingga hari ni, masih tiada khabar berita (atau duit) dari mamat tu. aku bengang. sudahnya kami cari rumah lain di bandar bukit puchong. sewa nya hampir duakali ganda rumah lama, tapi ape boleh buat. itu saja rumah yang kosong jauh dari kawasan "hitam" yang boleh masuk serta merta. rumah nya juga luas. tuan rumah juga baik hati. hari ni tengok rumah, bayar deposit terus dapat kunci rumah. petang tu juga aku basuh rumah. tiada masalah seperti "mamat hitam" tu. geram~!!!!...

kini, aku dah pun menetap di alamat yang baru. :) gembira tapi masih geram. RM2000 bukan sedikit. masih ku tunggu -- bilakah? tadi aku hantar sms peringatan kepada "mamat hitam" tu, pasal duit aku -- diam tanpa balasan. huh~~~ Allah saja yang tahu...

p/s : nama mamat tu haje dah buat aku suspect kat dia ... mcm convert jerk

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 
design by suckmylolly.com