Tuesday, February 19, 2008

Cuti Keseorangan

hari ni masuk hari ke-5 aku bercuti, menghabiskan saki baki cuti aku untuk tahun ni (bukan byk pun, 7 hari sehingga 30 june - sbb kontrak sampai situ jer). Aktiviti harian pun dah berubah, bukan lagi pergi bekerja - sebaliknya dihabiskan dgn kerja2 rumah (mana2 yg larat), kerja2 dapur : memasak, cuci pinggan dan sebagainya, dan berinternet.tak lupa juga menonton tv (hehehe) ape lagi mama nak buat kat rumah.

skang ni di tv, ditayang ulangan cerita madu tiga, kelakar la cerita p.ramlee. tak bosan ditonton berulang2 kali kan. pasti ramai yg bersetuju, selah2 cerita dia dah dibomoh.hehehe

lama juga aku tak update blog ni, malas + tak berapa sehat. kaki ku cramp 3 hari lepas tapi sampai sekarang masih rasa sakitnya. dah berapa hari aku kurang makan sayur.jalan pun terhencut2,berdiri pun tak leh lama. smlm azrin tolong picitkan, sakitnya aduh....

papa telefon pagi tadi, bertanya khabar tentang anaknya dan cucunya ni. pasti papa dan mama rindu kepada anak2nya. mana tidaknya, aku disini, adik di penang dan aiman kini di asrama di rompin. mereka berdua saja di rumah. aku turut merasa kesunyian mereka. papa memberitahu yang mama akan datang ke sini menjengukku hujung bulan ni. pasti lah aku gembira, dapat merasa masakan mama. rindu tau. hari2 aku rindukan ibu bapa ku.tapi aku diamkan aje.

minggu lepas aku try buat kek kukus mocha. sedap. mcm choc moist cake yang mama slalu buat (dekat2 la -tadek la 100%) tgk la anak sape kan? anak mama hehehe...semalam masak asam pedas sebab azrin kepingin kot. duk sibuk nak cari ikan pari tapi kehabisan, last2 cuma dapat ikan merah setengah ekeor pada harga RM8. mahal juga ya. padan la dulu aku mkn di jentayu aku dicharge sampai RM10. isk isk hampeh


last week masa adik balik dari bali dibelinya aku dan azrin selai t-shirt dan baju baik setiap seorang. batik tu cantik, dan muat tapi t-shirt tu one size too small. x muat la deq oii...pastu aku teringin nak g zoo, ye la dulu pegi masa umur berapa tahun. mase tu kfc ada lagi, ada alpha nugget. skang dah tadek dah. tapak kfc pun dah terbiar jerk. kawasan zoo tak bersih, binatang pun ada yang tak terurus. pasti mereka kurang pekerja.

tapi aku tertarik dgn telatah dua ekor gajah, ada pengunjung yang menyuapkan limau kepadanya, gajah itu sungguh pandai. pandai kopek kulit limau tuh. heheh





'

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 
design by suckmylolly.com