-- rehat sebentar --dah seminggu tak apdet blog. bukannye tadek masa cuma malas.
so, secara summary-nya :
2nd January : birthday adik bongsu, yang bernama
Zainol Aiman a.k.a beman - kejap je beman dah 13 taun. dah masuk sekolah menengah dah pon. beman dapat masuk sek seri rompin, jawapnyer beman kena la belajar duk hostel. kira nya dalam kami 3 beradik beman la paling muda menimba pengalaman duk kat hostel. form 1 dah kena duk hostel. adik masa form 4, aku pulak? masa masuk kuittho. dah besar panjang hehehe baru boleh duk jauh. pelik juga masa tu tadek pulak aku meraung macam aku duk smart dulu ( duk seminggu jerk, pastu mama ambil balik sebab hari2 call mama nak balik!). mama kata, mula2 tu beman tak nangis tapi bergenang juga la air mata lelaki nya. mama dan papa pula tersadai di rompin sampai semalam (ahad) dari ahad lepas sebab ketiadaan feri dari tg gemuk ke tioman. angin kuat dan cuaca tak mengizinkan, tambah lagi dgn air surut di jeti. adela jugak mama ke seri rompin berjumpa aiman hari2, bawakan kfc dan sebagai, untuk pujuk dia.
.jpg)
tapi kelmarin papa call kata aiman mcm dah ok sikit (atau mungkin kerana dia tau papa & mama masih akan dtg melawat kot - selagi belum pulang ke tioman.) ahad - papa balik tioman dulu melalui mersing, mama pula ke rumah maklang di keratong. mama tanak mabuk teruk lagi kot :) . baru je ber-sms ngan mama, katanya jumaat ikut maklang ke kuantan, bawa aiman sekali. ahad baru ke mersing, mesti papa jemput nnt. pasangan romantik la katekan - mane leh pisah lama2 hehe.. cuma aku agak sedih bila teringatkan mama akan terasa sunyi tanpa kehadiran aiman di rumah.
ape2 pun,
HAPPY 13rd BIRTHDAY buat AIMAN - kakak tau aiman kuat, jatuh motor pun tak nangis kan, takkan duk jauh dari ketiak mama pun nangis kot. kakak percaya beman boleh!
tahniah juga buat
MASHITAH DURALIM a.k.a masyit - dah kawen lagik sorang kawan aku ni. cun! aku tak dapat g kenduri masyit sbb aku tak berapa sehat. tahniah masyit - cepat2 buat bay, contohi aku ni :P

tahniah juga buat kawan ku kat proton -
JENDRA AFRIZAL BOLEH. kawen jugak awak ye jen :P tak dapat ambil gambar sebab ramai sgt org pastu jalan sesak. rumah jen dekat kawasan perkelahan sungai congkak, sungai tu belakang rumah dia jerk. nasib baik aku bwk pen - pada kad tu tak tulis nama sekali tgk ada 3 pasangan pengantin daaa --- depan2 tu jugak aku tulis nama. hehe kantoi la plak.

tgk, tak nampak ape, rumah betul2 depan jalan, siap traffic jem lagik tau. dah la kami parking sebelah tuh kena byr rm2. padan la tadek org park kat situ. :P so aku amek gambar adari dalam kete jerk. tak namapk pengantinnye sebab dah kena block.
nak ke situ jem dekat sejam, balik pun jem lagik gara2 jalan satu lane dan traffic light, tambah dengan bas berenti2. balik tu azrin bawa pusing melaui jalan ke sungai tekala, ade la lau satu empangan yg aku tak tahu ape nama nya...tapi besar...dan surrounding dia sgt menenangkan, cuma jalan je mcm ular kena sebat.

semua gambar tak clear sebab guna hp jerk. malas nak keluarkan camera. gambar nampak gelap sebab tinted dari cermin kereta.panas, malas nak turunkan cermin. :p kat tepi jalan, ramai yang berenti sebab ambil air bukit. fresh,clean and clear water kot. aku tak penah la test pulak.