Monday, June 25, 2007

Kepenatan..seharian


Ah..penatnya. Jam di meja sudah terpapar 11.00pm. Lewatnya pulang dari Kajang kali ini. Semuanya gara-gara Azrin main NFS carbon di bilik Hasif.

Sudah sehari tidur di rumah mak mertua, ahad pula ke Melaka bersama keluarga suami untuk ke majlis perkahwinan adik angkat Maksu di Bukit Piatu, berhadapan dgn sekolah lama Azrin. Sedapnya lauk - walaupun simple tp sgt enak - ayam msk merah, sayur jawa, daging rendang dan acar timun. Rugi singguh tak makan buk gara-gara tak mahu baju kebaya yg dipakai terbukak butangnya.. hilang cun pulak nnt, lgpun takut high heels yg dipakai patah lagi naya (apsal tak tapau ye..? - segan la pula, kalau dgn keluarga sendiri mmg dah mintak dah)

Sudah itu, Azrin dipaksa pula bergambar di hadapan sekolah lamaya - Sek Men Teknik Bukit Piatu -bekas ketua DORM Samseng (heheh -Azrin yg gelarnya sedemikian)... Dituruti kata ibu tersayang, tergelak aku dibuatnya melihat gelagat abang dan adik sedang bergaya di hadapan lensa kamera.

Ma tak tahan panas, maka dgn segera kami blah dari tempat tu..Azrin bawa kami pusing-pusing di Bandar Hilir, jem la pulak. Perjalan ditruskan, destinasi seterusnya - Kajang. Tiba di rumah dlm pukul 5pm. Penat, pinggang pun sakit, bertiga di seat belakang - aku, ayah & hasif - ma di depan & Azrin seperti biasa menjadi supir. Semuanya kepenatan, suhu diluar 34°C ; aircon dlm kereta kurang terasa sejuknya. Masuk ke dlm rumah, semua serbu ke bilik masing-masing untuk tidur, aku pon join la sekali. Tidur...maghrib baru terjaga. Setelah siap solat, keluar mencari makan mlm - ma terlalu penat untuk masak -tapau aje kuew tiaw ladna - bukan selera aku tapi aku mls nnt ma bising kata aku ni mengada-ngada or somthing, aku layankan aje.

Suapan pertama, panas - sudah la bibir ku ada ulcer, kena panas pula - aduh~!
Suapan kedua, ku tiup dulu baru suapkan mulutku - tawar & tak cukup pedas. Cuba nak habiskan, tapi ...ku tolak ke org sebelah, suami ku...hahahah aku tau dia mmg boleh abeskan punya. Mmg licin lepas tuh - cayalah papa~!

Sambil melayan HBO - V for Vendetta - bersama hasif & ma, sedar tak sedar dah pukul 10pm. Aku pegi cari Azrin yg hilang sejak selepas makan - NFS Carbon rupanya.
Setelah bersiap berkemas, kami pun balik ke Puchong.

Alamak, mcm tau2 je dah nak gaji - bil2 pon sudah sampai daaaa~~~


Update :


1. Eragon menerima gift dari elves - sgt menarik. Upgraded human~!
2. Roran dah hampir berjaya sampai ke Surda setelah hi-jack Dragon Wing.

3 comments:

Nashrex said...

waahh.. suami kaki main game rupanya. hoho..

Mimie Azrin said...

apea boleh buat..bininya pon sama jerk hehehe
hantu game jugak

Unknown said...

xde kj len..

Blog Widget by LinkWithin
 
design by suckmylolly.com