Wednesday, December 12, 2007

Selangor Cuti!

11 Disember 2007, hari keputeraan sultan selangor. so, straight to the point, selangor cuti. selangor cuti, streamyx pun nak cuti. seharian tadek internet connection di rumah. aduh, masak! baru ingat nak cari resipi dessert or cake yang menarik. akhirnya just ended up masak nasi dan lauk untuk makan malam jer.

lunch tak masak sebab pagi-pagi lagi kami dah keluar ke kL untuk ke PNB. ada urusan sikit. nak sampai ke sana hampir sejam gara-gara jem. lupa la, kL kerja. selangor yang cuti. huhuhuh. dah sampai di sana, urusan hanya 5 minit, dah siap. terus mati kutu untuk buat apa atau ke mana. jam baru pukul 11.30am. perut tiba-tiba rasa lapar. tekak pula kepingin asam laksa di lemongrass, alamanda. lalu, tanpa berfikir panjang, Azrin terus drive ke sana [ sebab saya kata saya nak belanja, sebab tu dia laju jerk hehehe]. so, semalam lepas la satu makanan yang sayan nak makan.

lepas lunch, kami menuju ke tesco unutk beli sedikit barang-barang dapur. seterusnya, ke ioi mall untuk beli comforter set baru, sekarang tengah sale, banyak barang yang telah di'slash' harganya. malangnya, size king yang kami mahu sudah sold out. promoternya memberitahu akan datang stok baru pada minggu ini, katanya datang lagi weekend ni.kami pasrah. masing-masing sudah excited. ;[

jumaat pula perlu pergi menjemput adik di subang airport @ berjaya air dari tioman. dan esok nya perlu menghantar dia ke subang airport semula untuk boarding firefly ke penang pula. jawapnya perlu keluar rumah selewatnya pukul 7am kerana flight dijadualkan pukul 8.20am pagi dan kaunter check-in ditutup 1/2 jam sebelum flight.

salah seorang sahabatku, hazrina telah pun selamat diijabkabulkan pada 8hb disember baru-baru ini. Tahniah, Haz! Sorry la tak dapat hadir ke majlis ko sbb tadek kenderaan.
hadiah dah ada dah, nasib baik hadiah tu tak leh basi :P

2 comments:

KeL@T said...

waaaaaaa... selangor cuti ekkk... cuti2 ni watpe mimie??? sihat ker...

Mimie Azrin said...

cuti2 buat ape lagi... g jenjalan jap, alik umah reat je la..
qada' tidor ke hape2 yang patut... :P

Blog Widget by LinkWithin
 
design by suckmylolly.com