Teringat dolu-dolu *cewahhh macam dah tua sangat jerk* masa masih rumaja *hak hak tui geli* , mase time pose kat KUiTTHO tercinta *bukan cinta-sampai -mati*, paling best pegi bazar ramadan 'sewer king' *parit raja daaaaa*...
*sebelum tu teman lelaki (sekarang sudah jadi en asben tercintun.. i lap u~~) ada, so berbuka dengan dia jek - kadang2 je dapat buka dengan ket & kakchik sampai kakchik merajuk ngan aku*
taun ke-4 aku kat sane *en asben dah keje bangi masa ni*, aku pindah duk umah sewa depan seng ann, duk serumah ngan cik liya, dayah, yana, cik ayu & kak fara. ni umah jenis panjang ke belakang dan umah kami paling ujung. dah la ujung, ngadap utan plak tu.malam2 seram jek, gelap.tepi umah ada deretan pokok pisang *ha~~ape korang pikir, ape yang ske duk kat pokok pisang?*, penah masa tu lepas isyak, macam beser la time dinner kan, nak g kedai depan tu makan nasi goreng kampung dia yang mantap tu *royalti plisss - tak sure kedai tu still wujud or not*
tibe2 pokok pisang kat situ bergoyang,sentap la kejap kan.tgk2 tadek org pun kat situ, ape tah lagi monyet, aku ni jenis mls nak pk bukan2 wat dono je la, si aini *umah sebelah* dah cuak pikir bukan2. HAH! DAH LARI TAJUK NI! opsss sowieee..
time aku duk umah sewa ni, mmg paling best! hausmet paling gempak & sporting *aku heart korank taw!* aku ingat lagi, walaupun memasing bizi ngan kelas dan esemen dan bagai, kite tak lupa kengkawan kan kan kan? mesti belikan untuk mereka2 yang sibuk @ tak sibuk tapi malas tapi tunjuk sibuk *hahahah*. selalu yang pegi beli, siapa lagi, aku liya dan dayah. sebab kami ni kaki jalan kat bazar *walaupun penuh dengan kipas-susah-mati bazar yang berbagai bau dan warna*
yang best kat bazar ramadan ni? uishh.. macam-macam, sebut je..dari utara ke selatan, eh? johor memang selatan kan? korang nak nasi kerabu? ada. nasi dagang? ada. tapi biase la mesti ada yang sedap, ada yang kureng. kena pandai pilih la. so, buat anak pantai timur macam aku ni, boleh la nak lepaskan rindu nak mkn makanan tu. yang paling best, kul 12 diorang dah bukak gerai HAHAHA kul 3 dah penuh orang beli air yang siap campur ais *lambat lagi waktu berbuka, kalau ais cair mesti la air jadi tawar kan? so, paham-paham sendiri* yang terdiri dari kalangan yang jejaka gagah-macho-tapi-tak-larat-nak pose-alasan -gastrik. aku paling suka buat 3 round klu pegi sini, 1st round survey harga, keenakan *bukan-sekadar-hiasan* makanan dan kepenuhan orang yang beratur kat gerai tu. 2nd round baru beli dan 3rd round untuk topup ape2 yang rase tak cukup. AKU SUKA!!
dan, acara kemuncak adalah seminggu dua sebelum raya, gerai2 makin bertambah dengan menjual baju raya, seluar jeans raya, tudung raya bla bla bla time ni lah aku pun sakan ikut member2 yang tadek baju raya beli baju * baju aku seharusnya mama ku yang jahit~~~ (^-^)*
bile dah bosan beli kat bazar, kitorang serbu restoran plak. tapi yang tak bestnye, kena book seawal 6pm, klu tak antara dua - tadek tempat or makanan sampai lambat. selalunya makanan kitorang sampai lambat. aku paling suka berbuka kat kedai umah sebelah woksyop tu, kedai feveret sitt. kedai thailand, sebab yg keje situ semua org thai yg mmg tak fasih base melayu tapi makanan dia tip top wa cakap lu~~
bile dah nak masuk waktu berbuka, kitorang kumpul reramai, termasuklah budak umah sebelah pun join umah kitorg * sebab umah kiotrg jek ada tv hohoho.*. mmg riuh dan havoc lah, makan share minum share. dah mcm adik beradik. mmg syok. pas makan, semua bersandar kekenyangan.. pastu terawih....
oh how i miss that time (T_T)
Wednesday, August 26, 2009
<3 Kenangan berpuasa kat KUiTTHO
Posted by Mimie Azrin at 10:44 AM 0 comments
Labels: bazar ramadan, kuittho, makan², parit raja
ada tisu! apakah?
semalam macam biase balik amek haziq kat nursery, suka check gua niah dia *lobang idung da*
alamak..manyaknye bijih..kena harvest cepat ni, so sepantas likat amek cotton bud size s slim molim tu dibasahkan dengan air bio aura kat dapur.
papa, pegang haziq cepat! kita mulakan operasi! *macam nak bedah konon*
korek korek, hah kau, keluar seketul besar baik punye..tapi macam ade lagik la...
korek..korek.. eh, ape ni? belek punye belek, itu tisu lah! mane datang ni? APAKAH????????
trus lepas tu, haziq yang bernapas macam ada kahak tebal belakang idung trus bernapas dengan lega.sepi.sunyi.dah tadak gaungan dalaml obang idung nye.sebab tisu ni ke haziq susah sangat nak bernapas?dari mana datangnya tisu ini? jeng jeng jeng..
kitorang memasing dah garu kepala *macam gatal pun* ni nak kena jadi CSI neh, sebab aku tak penah lap idung haziq juga tisu. aku sentiasa guna tuala lembab. hmm... kat nursery kah?
so skang aku dah meragui nursery baru ni, diorg ni sebenar nye capable ke nak jaga baby ramai2 tu? dah la staf sorang jek *+ owner nursery tu + bibik dia
antara-antara kejadian lain yang melibatkan nursery ni :
+ celah peha naik ruam --> sekarang dah mengelupas dan melecet *padan la aku tgk pampers mcm tak luak jek
+ sarah demam teruk *diorg biar je bebudak main tgh panas
+ bila dukung sarah lepas balik dari nursery, sure rasa ringan * diorg ni tak bagi anak aku mkn ke? bila tanya kata mkn byk, klu byk, kenapa bila dia balik rumah mcm kebulur giler?
kepada mama papa yang antar anak2 korang ke nursery gak, ade tak jadi macam ni?
Posted by Mimie Azrin at 10:22 AM 0 comments
Labels: avent, baby, nursery, penjagaan bayi
Tuesday, August 25, 2009
Kisah Puasa Saya
Awal lagi ni nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua bloggers tegar dan tak berapa tegar seperti diriku ini.
Dua tiga hari ni, aku dengar [Panas]FM, semua duk cerita pasal kisah awal ramadan diorang (dah hari ketiga, haruslah harini da hari ke empat). Maka, dengan itu, aku pun nak citer jugak lah...
Puasa : Hari 1
Jumaat tu ada wat sesi makan-menketedarah-sebelum-ko-diet-sebab-pose-konon, ada la lebih sekotak pizza dan beberapa lauk-pauk (sambal udang petai salah satunya, zasss sedap!)...macam biase, dah 5.30pm, time balik tapi tadek sorang pun nak melayan pizza ngan lauk-lauk yang dah lebih tu..aku pun buat pengumuman yang aku nak amek lauk tu..semua wat dono je, so aku amek la bawak alik untuk en asben kat umah tu... sep dah, tak yah masak lauk sahur heheheh... dinner kitorang mlm tu termasuk lah si mulut becok Sarah, pizza Seafood Supreme ngan garlic bread. Haziq minum susu jek (memang la, dia kan baby lagik~(-_-") )
so, sahur aku bgn 4.30am ngan mata gabak sebab haziq nangis-meraung sekuat hati, banyak kali. nasib la 1st day pose tu hari Sabtu (huhuhuh dengan harapan nak sambung tido lepas subuh)... WEI PANJANG GILER MUKADIMAH! okeh okeh...kembali ke sri pentas...
macam biasa Sarah & Haziq bangun awal. Sarah kenalah breakfast pula...tak pe..biar papa dia handle...maka haruslah budak itu dijamunya roti, biskut dan coklat.
kul 10am baru aku terjaga, tu pun sebab haziq dah boring tido kot, laaa.rupanya dah basah baju dia..pampers bocor lagi...dah ajiq, jgn nangis ..jom turun. tgk2 Sarah dah mandi, papa dia mandikan ..sebab dia "muchuk2"...so trus mandikan haziq je. dah nak tgh hari, so masakkan lunch untuk sarah mee+kicap+telur rebus. sarah dah mengamuk, sebab dah ngantuk dan nak tido dalam bilik, nak ekon *ish..anak syape ni, asek nak tido dlm ekon jek* perasan sarah macam selsema skit. layan sarh golek2 , pastu korek tinge dia-- pastu korek tinge sendiri dengan penuh kusyuk dah tawaduk *aish..ini pun nak citer ke?* lega kejap sarah dah tido, tapi haziq plak merengek menangis je memanjang - apsal moody lak budak kecik neh???? layan kan aje...dia ni pun same je cam kakak dia, suke lawan mata bile ngantuk. last2 tido gak..
hahaha..lega jap papa & mama dia..
kul 1pm, sarah bangun, kelaparan la tu..so trus siapkan lunch dia & bawa dia makan sambil tgk cd Elmo *yg dah tatau brape kali ulang daaa* sambil suapkan dia makan, suap dia, suap aku, suap dia suap aku ---EH MIMIE! KO KAN POSEEEEE~!!!! *aku tersedar sendiri lepas dah mamam dua tiga kali kuning telur tu-padan la macam sedap jekk..* oi oi oi..nasib papa tak perasan..sudah nya aku pegi berkumur giler2 dalam bilik air.baru aku teringat tadi pun siap korek tinger punyer la masyuk ..HAHAHAH
hari ni buka pose kat umah mak - abg pit ngan kak nurul masak mee bandung, so g tapau kuih2 sket jek...
Puasa : Hari 2
ari ni buka sendiri kat umah, kuar g cari barang masak kat pasar kajang sket..menu berbuka hari ni ialah... KUE TIAW TOMYAM! *tibe2 mengidam nak makan - tadek ape2 ek - saje je mengidam*
petang tu, papa & sarah g beli kuih2,murtabak dan air tebu kat bazar ramadan prima saujana tu.
Puasa : Hari 3
tuuu..tuuttt.. alarmku berbunyi..lalala..*ape hal lak nak menyanyi tibe2 ni*
HAH? dah 5.30am, tgk tempat papa, kosong..papa dah turun sahur rupenye *sob sob, sampai ati papa tak kejut mama* turun2 papa dlm bilik mesyuarat, tanye papa "pa dah sahur ke?" DAH, papa jawap. *sedeyyyy*
trus lepas sahur tu tak tido, sbb takut terlajak lagik. "ma, arini kita buka kfc nak? ma g tapau hehehe *duit aku la tu jawapnyeee (-_-")* ok.
sarah menangis, haziq menangis, tv dah azan.alamak macama mana ni? last2 papa tidokan haziq, ma layan sarah kat meja makan nak bagi dia diam *semenjak selsema+kahak+batuk ni, moody sangat la budak ni* ....haziq dah tido baru lah papa dapat makan berbuka, itu pun dah berjela2 kertas kajang dia membebel marahkan haziq.
konon nak bawa sarah ke klinik, tapi smua tertido zzzzzzzzzzzzzzzzz *padahal baru kul 9pm*
aku sedar2 dah kul 2pg daa..tak pe, gi simpan lauk & set alarm, pastu zzzzz
Puasa : Hari 4
hari ni sahur spesel sket, sebab sahur bersama 4 beranak. papa, mama,sarah dan haziq.
sarah order nasi ngan telur dadar * mama dia yg letakkan-dia makan jek* .heh.
kul 6.40pm sampai rumah.masak nasi.papa beli lauk.
kul 6.50pm papa sampai rumah. "ma, tolong amek air peti, dahagalah"
dah separuh langkah ke dapur, EH! POSE LAH! papa dah gelak2..terkena..
buka makan nasi putih, aym msk merah, paru goreng,aym msk kicap *mak masak*,bubur lambuk*sedap lagik mama masak tau, yg ni siap ada kaler kuning, macam bubur nasi biase je.*kuih 2-3ketul. papa request air oren.siap.
tapi, tv dah azan .sarah terjaga dari tido menangis, haziq takmo tido,dah papa marah2 lagik.aku pun bagila dia air, ngan kurma yusof tayub *org bagi, nak beli tak kuaser-mmg tak penah beli, kompom dapat pree punyer*. baru sejuk ati dia.
dah makan, papa bawa sarah main kat luar tgk bulan dan dog lalu lalang, baru okeh skek mood dia. kul 9.30pm bw dia g klinik, tunggu dekat sejam sebab orang ramai la pulak. dapat ubat batuk, kahak,selsema ngan nasal spray *bagus gak, ubat titik tu sangat leceh dan pasti membazir sebab bukannya titik dapat masuk dalam idung, mesti jatuh ke bantal atau pipi sarah * sampai rumah.bg sarah susu dan makan ubat *sejak akhir2 ni senang batul dia nk mkn ubat -kadang2 tu dia yg offer nak mkn ubat bila dah time*
Puasa : Hari 5
banagun sahur kul 5.15am, perangat nasi 5 minit, lauk semua dah ready, br panggil papa makan.
kul 6am. papa kata masa tido itu emas. aku tanak tido tapi papa kata ada lagi 15minit. sudahnya aku terlajak sampai 6.45am .(T_T)huhu~~~
arini nak buka ape ek? rindunya nak balik umah, tapi tak cukup duit *dan orang - adik, klu akak cop duit dah lama ajak awk balik jugak tau - rindu bubur lambuk mama yang sedap tuuuu~~~*
nota kaki : kalau papa ke, mama ke, papa [saye], or adik baca entry yang geli panjang ni sampai termuntah - ampunkan kami penunggu gua~ ampunkan kami penunggu gua~~~
Posted by Mimie Azrin at 11:29 AM 0 comments
Labels: bazar ramadan, puasa, ramadan
Wednesday, August 19, 2009
Tahniah Kak Chik
tenet..tenet...
waaaa..skang kak chik pun dah joink the ibu-mommy-mama club heh
Posted by Mimie Azrin at 12:20 PM 0 comments
Wednesday, August 12, 2009
Tahniah, Adik!
Posted by Mimie Azrin at 5:25 PM 0 comments
Labels: adik, konvo, sarjana muda, usm
Thursday, August 6, 2009
WTF(?)
One day in my not-so-free-and-regular at work.
I.O wrote :
Dear Team,
Urgent
Some initial findings on the system performance issues faced by the SPM Team.
- This SPM Free Stock Report was initially scheduled to run at 8pm daily.
- Previously this report will produce an output roughly @ 7.30am daily. The SPM Team will then disseminate the reports to all the sales outlets as early as possible.
- However, I’ve received several complaints from the SPM Team saying that the report could no longer be retrieved @7.30am daily.
- The SPM Team mentioned that this issue was especially obvious since the ex-EON dealers started to access the SAP Dealer Portal.
- As at this point in time the report will only be ready in the spool at about 10.30-11am onwards.
- FYI, the attach report disseminated to all sales outlets actually contains yesterday’s information.
Appreciate everyone’s assistance to help rectify this performance issue as soon as possible.
Do let me know if you require further information.
Ps. If am not mistaken the SPM Reports were previously fine tuned based on the EWA Reports. Arfah, please correct me if I am wrong.
Thank you all.
M.S replied to all :
Dear A.A,
I think we need to ask Axon team to fine tune this report. Can you do that? Please
A.A wrote :
Dear Geng,
Last week we recommend SPM team to look at e-vip report. Does e-vip rpt suits their requirement? If yes, we can block free stock report @ SAP & advice them to use e-vip rpt instead.
Thank you & Best Regards,
A.A
I.O forwarded :
Dear Team,
Any input? Please refer to my previous emails on e-VIP as an alternative.
tx
[Me] replied :
How to do so? *tried to sound innocent and blur, as always
as fast as the wind,
I.O replied back :
Kami dh bagi pword & id kat M.RK & Az.A previously. M.RK please confirm.
tx
M.RK forwarded this to [Me] :
Try use this.
The first idea to have to was only for EON branches to know the stocks level. However we need to really ensure the data is suitable..if not we have to use the sap reports.
Being her usual self, *note : she always do this out of the blue, when no one notice
I.O replied this :
Tau ah korang marah kat IT.. tapi... Aku x paham ah apa ko ckap suffian oii..
“to have to was only…” tulonnnn…
M.RK defended himself :
Aku cakap bahasa aku dah..!
I.O replied, politely :
Aaaa ok….
[Me] trying to stop from laughing uncontrollably, sent this :
Ok ok dah dah…
Dah run, dah save, but still have to ‘iron out a lot of wrinkles’ …..
again,
I.O came up with :
Peghhhh aku lagi x paham bahasa mimi.. very da filosopikel .. hebatttt
M.RK tried hard to beat I.O sarcasm :
Iron out wrinkles tu mc image yg dipaparkan di atas..
I.O wrote back :
Ni lagi salah tapsir…
Mimi nanti klu dh selesai beritau ye outcome nye.
tx
and, it stopped here. *for the time being, until I email back to her the outcome. Now, I'm off to lunch first. later mr.reporto....
Posted by Mimie Azrin at 12:28 PM 0 comments
Labels: cara-cara membalas emel, e-mail, email, IT, langkah-langkah, peraturan
Wednesday, August 5, 2009
aku sayang bangat sama kamu!
Posted by Mimie Azrin at 3:13 PM 0 comments
Labels: tips cinta, tips kasih sayang
Hari minggu mama
...mop lantai
...basuh baju anak-anak
...basuh baju mama & papa
...masak
...kemas rumah
...tidurkan anak-anak
...sidai kain
...kemas dapur
Posted by Mimie Azrin at 3:05 PM 0 comments
Labels: mesin basuh, pelaburan, resipi
Family Dinner : Bayou @ Alamanda
anak-anakku..
Wahai anak-anak mama yang mama sangat sayangi,
kepada kakak, Sarah Imanina
...mama doakan kakak akan jadi role model yang baik buat adik
...mama doakan kakak akan jadi orang yang berguna kelak
...mama doakan kesejahteraan kakak sentiasa
..fahamilah, kerana mama sayang kakak
kepada adik, Shahaziq Iman
...mama doakan adik sentiasa akan menjaga dan menghormati kakak
...mama doakan adik sentiasa sihat
...mama doakan adik disayangi semua
kepada anak-anak mama & papa,
...sayangilah papa & mama, kerana kami sangat menyayangi mu
...jadilah orang yang berguna, utamakan Allah dari segala perkara lain
...sesungguhnya, kamulah cahaya hidup kami
Shahaziq Iman bin Shahazrin
...kenapa mama macam emo jap ni?