Tuesday, August 25, 2009

Kisah Puasa Saya

Awal lagi ni nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua bloggers tegar dan tak berapa tegar seperti diriku ini.

Dua tiga hari ni, aku dengar [Panas]FM, semua duk cerita pasal kisah awal ramadan diorang (dah hari ketiga, haruslah harini da hari ke empat). Maka, dengan itu, aku pun nak citer jugak lah...

Puasa : Hari 1

Jumaat tu ada wat sesi makan-menketedarah-sebelum-ko-diet-sebab-pose-konon, ada la lebih sekotak pizza dan beberapa lauk-pauk (sambal udang petai salah satunya, zasss sedap!)...macam biase, dah 5.30pm, time balik tapi tadek sorang pun nak melayan pizza ngan lauk-lauk yang dah lebih tu..aku pun buat pengumuman yang aku nak amek lauk tu..semua wat dono je, so aku amek la bawak alik untuk en asben kat umah tu... sep dah, tak yah masak lauk sahur heheheh... dinner kitorang mlm tu termasuk lah si mulut becok Sarah, pizza Seafood Supreme ngan garlic bread. Haziq minum susu jek (memang la, dia kan baby lagik~(-_-") )

so, sahur aku bgn 4.30am ngan mata gabak sebab haziq nangis-meraung sekuat hati, banyak kali. nasib la 1st day pose tu hari Sabtu (huhuhuh dengan harapan nak sambung tido lepas subuh)... WEI PANJANG GILER MUKADIMAH! okeh okeh...kembali ke sri pentas...
macam biasa Sarah & Haziq bangun awal. Sarah kenalah breakfast pula...tak pe..biar papa dia handle...maka haruslah budak itu dijamunya roti, biskut dan coklat.

kul 10am baru aku terjaga, tu pun sebab haziq dah boring tido kot, laaa.rupanya dah basah baju dia..pampers bocor lagi...dah ajiq, jgn nangis ..jom turun. tgk2 Sarah dah mandi, papa dia mandikan ..sebab dia "muchuk2"...so trus mandikan haziq je. dah nak tgh hari, so masakkan lunch untuk sarah mee+kicap+telur rebus. sarah dah mengamuk, sebab dah ngantuk dan nak tido dalam bilik, nak ekon *ish..anak syape ni, asek nak tido dlm ekon jek* perasan sarah macam selsema skit. layan sarh golek2 , pastu korek tinge dia-- pastu korek tinge sendiri dengan penuh kusyuk dah tawaduk *aish..ini pun nak citer ke?* lega kejap sarah dah tido, tapi haziq plak merengek menangis je memanjang - apsal moody lak budak kecik neh???? layan kan aje...dia ni pun same je cam kakak dia, suke lawan mata bile ngantuk. last2 tido gak..
hahaha..lega jap papa & mama dia..

kul 1pm, sarah bangun, kelaparan la tu..so trus siapkan lunch dia & bawa dia makan sambil tgk cd Elmo *yg dah tatau brape kali ulang daaa* sambil suapkan dia makan, suap dia, suap aku, suap dia suap aku ---EH MIMIE! KO KAN POSEEEEE~!!!! *aku tersedar sendiri lepas dah mamam dua tiga kali kuning telur tu-padan la macam sedap jekk..* oi oi oi..nasib papa tak perasan..sudah nya aku pegi berkumur giler2 dalam bilik air.baru aku teringat tadi pun siap korek tinger punyer la masyuk ..HAHAHAH

hari ni buka pose kat umah mak - abg pit ngan kak nurul masak mee bandung, so g tapau kuih2 sket jek...

Puasa : Hari 2

ari ni buka sendiri kat umah, kuar g cari barang masak kat pasar kajang sket..menu berbuka hari ni ialah... KUE TIAW TOMYAM! *tibe2 mengidam nak makan - tadek ape2 ek - saje je mengidam*

petang tu, papa & sarah g beli kuih2,murtabak dan air tebu kat bazar ramadan prima saujana tu.

Puasa : Hari 3

tuuu..tuuttt.. alarmku berbunyi..lalala..*ape hal lak nak menyanyi tibe2 ni*
HAH? dah 5.30am, tgk tempat papa, kosong..papa dah turun sahur rupenye *sob sob, sampai ati papa tak kejut mama* turun2 papa dlm bilik mesyuarat, tanye papa "pa dah sahur ke?" DAH, papa jawap. *sedeyyyy*

trus lepas sahur tu tak tido, sbb takut terlajak lagik. "ma, arini kita buka kfc nak? ma g tapau hehehe *duit aku la tu jawapnyeee (-_-")* ok.

sarah menangis, haziq menangis, tv dah azan.alamak macama mana ni? last2 papa tidokan haziq, ma layan sarah kat meja makan nak bagi dia diam *semenjak selsema+kahak+batuk ni, moody sangat la budak ni* ....haziq dah tido baru lah papa dapat makan berbuka, itu pun dah berjela2 kertas kajang dia membebel marahkan haziq.

konon nak bawa sarah ke klinik, tapi smua tertido zzzzzzzzzzzzzzzzz *padahal baru kul 9pm*

aku sedar2 dah kul 2pg daa..tak pe, gi simpan lauk & set alarm, pastu zzzzz

Puasa : Hari 4

hari ni sahur spesel sket, sebab sahur bersama 4 beranak. papa, mama,sarah dan haziq.
sarah order nasi ngan telur dadar * mama dia yg letakkan-dia makan jek* .heh.

kul 6.40pm sampai rumah.masak nasi.papa beli lauk.

kul 6.50pm papa sampai rumah. "ma, tolong amek air peti, dahagalah"
dah separuh langkah ke dapur, EH! POSE LAH! papa dah gelak2..terkena..

buka makan nasi putih, aym msk merah, paru goreng,aym msk kicap *mak masak*,bubur lambuk*sedap lagik mama masak tau, yg ni siap ada kaler kuning, macam bubur nasi biase je.*kuih 2-3ketul. papa request air oren.siap.

tapi, tv dah azan .sarah terjaga dari tido menangis, haziq takmo tido,dah papa marah2 lagik.aku pun bagila dia air, ngan kurma yusof tayub *org bagi, nak beli tak kuaser-mmg tak penah beli, kompom dapat pree punyer*. baru sejuk ati dia.

dah makan, papa bawa sarah main kat luar tgk bulan dan dog lalu lalang, baru okeh skek mood dia. kul 9.30pm bw dia g klinik, tunggu dekat sejam sebab orang ramai la pulak. dapat ubat batuk, kahak,selsema ngan nasal spray *bagus gak, ubat titik tu sangat leceh dan pasti membazir sebab bukannya titik dapat masuk dalam idung, mesti jatuh ke bantal atau pipi sarah * sampai rumah.bg sarah susu dan makan ubat *sejak akhir2 ni senang batul dia nk mkn ubat -kadang2 tu dia yg offer nak mkn ubat bila dah time*

Puasa : Hari 5

banagun sahur kul 5.15am, perangat nasi 5 minit, lauk semua dah ready, br panggil papa makan.

kul 6am. papa kata masa tido itu emas. aku tanak tido tapi papa kata ada lagi 15minit. sudahnya aku terlajak sampai 6.45am .(T_T)huhu~~~

arini nak buka ape ek? rindunya nak balik umah, tapi tak cukup duit *dan orang - adik, klu akak cop duit dah lama ajak awk balik jugak tau - rindu bubur lambuk mama yang sedap tuuuu~~~*


nota kaki : kalau papa ke, mama ke, papa [saye], or adik baca entry yang geli panjang ni sampai termuntah - ampunkan kami penunggu gua~ ampunkan kami penunggu gua~~~


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 
design by suckmylolly.com